Telur tiruan dari China

China memang terkenal dengan lambakan barang tiruan yang sukar di bezakan dengan yang asli. Kalau setakat immitate barang-barang VERO (Verified Right Order) tu dah jadi kebiasaan. Walaupun ianya tiruan, barang-barang tu dikatakann mempunyai kualiti yang menghampiri kualiti barang-barang VERO. Harganya pula jauh lebih rendah dari harga  bagi barang asli.

China dikatakan mampu mencipta kualiti barang mengikut nilai wang kita. Contohnya jika kita hendakkan barang tertentu dengan brand dan model  harga USD20, mereka  mencipta barang tersebut dengan kualiti harga USD20. Kualiti bagi barang dari jenis dan model yang sama berubah mengikut nilai wang yang kita tawarkan. Itu sudah menjadi kebiasaan mereka.

Berbalik kepada telur tiruan yang dicipta, nampaknya penciptaan barang-barang tiruan sudah merebak  ke dalam industri makanan pula. Sekilas pandang, memang sukar di dibezakan antara yang asli dan tiruan. Bagaimanapun jika diteliti beberapa perbezaan dapat dikenalpasti dengan yang asli dan tiruan.

1. Kulit telur tiruan agak berkilat, tetapi tidak begitu ketara.

2. Bila disentuh, kulit telur telur tiruan agak kasar berbanding dengan telur sebenar.

3. Bila telur tiruan digoncang, beberapa bunyi kedengaran dengan kehadiran bahan cecair dan bahan pekat(solid agent).

4. Telur tiruan baunya hampir menyamai bau daging mentah.

5. Sebaik sahaja telur tiruan dipecahkan, kuning telur dan putih telur mudah bercampur. Ini adalah kerana kuning telur diperbuat dari bahan yang sama.

6. Bila di goreng, kuning telurnya akan tersebar walaupun tidak disentuh.

Kulit telur tiruan lebih berkilat

Kesan buruk akibat pengambilan telur tiruan:

Komposisi Penggunaan Kesan dan kerosakan
Glucolactone Pemekat Gangguan metabolisma 

 

Benzoic acid Pengawet Kerosakan pada otak, sel sendi, boleh mengakibatkan kerosakan hati, nyanyuk dan dementia. 

 

Calcium Chloride Kulit Telur Boleh mengakibatkan kerosakan sel sendi dan hati. Boleh memberi kesan dalam keupayaan pembinaan sel darah. 

 

Cellulose Bahan tambahan Gangguan metabolisma 

 

Alum Bahan Pelembut Boleh mengakibatkan kerosakan sel sendi dan hati. Boleh memberi kesan dalam keupayaan pembinaan sel darah. 

 

Amino Acid Bahan tambahan Gangguan metabolisma
Food coloring Warna kuning telur
Sodium alginate Putih telur dan kuning telur
Gelatin Putih telur dan kuning telur

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat telur tiruan.

Proses membuat telur tiruan

Seorang pekerja boleh mengeluarkan kira-kira 1,500 biji telur sehari. Harganya sudah pasti lebih rendah dari harga telur asli.  Boleh dapat untung besar tu. Kreatif sungguh mereka kan. Harap-harap  mereka pun makan banyak-banyak telur yang mereka buat tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s